Friday, January 28, 2011

kenapa orang tua ssh nk respect org muda?? adakh sbb kte ni muda dr dy ker??

hmm tgk tjuk pn da tw mcm xpuas aty kn..wakaka..
tht's de truth..dr kecik smpai besO mmg mcm tuh la aytnyer yg bese 
ak dgr..korg pn msty da familiar dgn words tuh kn3..
xyah la korg nk pretend..sbb ak n korg pn idup dlm alam yg sme..haha
hmm..apsal r asyk org mude yg cam kte nih jer yg asyik kne 'respect' yg tua..??
xpenah ker korg ter'pk' sbbnyer..apekah kte yg muda nih xperlu nk dihormati jgak???
*huk3 dan huk*..maaf terbatuk sbb terlebey emO..
nih aku rasa nk cite pasal isu tak respect ni


selalu kita dengar
anak yg tak respect mak ayah
adik tak respect kakak
budak muda tak respect orang tua nyanyuk
ini memang selalu kita dengar 
kan ?

tapi jarang jarang isu orang tua tak respect orang yg lebih muda diperkatakan
mungkin memang budaya kita cmtu
orang tua betul sesaja, orang muda salah semuanya
bukan aku nak emosi
tapi hakikatnya cmtu la
orang selalunya tak boleh terima pendapat orang yg lebih muda daripada dia
its fact !
halloO..kematangan berfikir tidak boleh diukur melalui usia k..mmg la ad pepatah yg mnytakan "dy lbey dlo mkn garam"..tp it doesnt mean tht org muda xpnh mkn garam..*perghh melalut lak ak*
hahaha..tgk2 sume da angguk2 stuju tuh..hehehe..
buka minda..buka hati..pk sndri.. 
wa caw dloO =)

p/s : antara contoh2 ayt yg bese kte dgr..~


1) "kau jangan pandai pandai nak mengajar aku..aku lagi tua dari kau!"
2)"ha menjawab menjawab! kau tu apa tau..hingus pun meleleh lagi."
3)"aku emak...aku mengandung kn kau 9bulan..kau jangan pandai pandai nak           tegur aku"







Wednesday, January 19, 2011

Jom Menganyam Ketupat Palat, I Mean Palas


Kamu memang palat, bukan...bukan kamu. Tapi kamu di belakang tu

Aritu, aku dapat komen "you're such an angel". Dari kawan online aku la, aku tak kenal dia sangat. Tapi, masa dapat komen tu. ha ha, ada la gak rasa riak dan sampai kembang semangkuk serombong lubang hidung ku. Tu la, bukan apa. Sapa tak suka kena puji kan?? Bertambah-tambah seronok kalau pujian kita tu berjaya membantu kita memerah santan dengan penuh jayanya.

Tapi, isk isk isk. Kelakau pun ada jugak. Angel?? Me?? Oi, kamu sarkastik ke beb? Sebab itu la kali pertama aku dapat komen tu, dan immediate response aku memang bantai gelak la kan. Menggeletek urat kentut la komen tu. Tsk Tsk Tsk. Aku ni, tak angel langsung. Setan ada la. Per'SETAN' ! Sebab aku ni, kekadang suka bebenor marah. Aku marah kat mak bapak aku (x cium syurga weh), aku marah kat kawan baik, kat kawan tak baik aku, kat orang yg aku kenal, dan kat orang yang aku tak kenal, kat semua la senang. Jenuh pulak nak list satu-satu. Macam setan la tu kan? (walaupun aku masih tak dapat nampak hubung kait setan dengan rasa marah).

Nak tahu 4 orang yang wajib buat aku naik hantu???

  1. Orang nak tegur aku, tapi dia pergi canang satu dunia.
  2. Aku dah mintak maaf tapi dia still ungkit dan kutuk.
  3. Orang tak puas hati dengan aku, then dia kutuk mak pak aku.
  4. Kalau aku tegur sikit, then meyentap mentap dengan sangat mantap.
Bayangkan, aku ada kawan. Dan aku sayang kawan aku, then satu hari. Dia nak pinjam assigment aku, nak bancuh air kopi jenama pes (copy paste la tu). So aku dengan bajet-bajet berkesedaran sivik nye, tegur la. "Beb, tak elok la. Kalau ko tiru, nanti ko gak yg terkial-kial time exam". Out of concern, obviously.

Grrr, Aku tengah marah
Aku sedang menjelma jadi Incredible Hulk. Wuarghh!

Then si 'beb' tu, terus tarik muka seploh meter, muka macam orang yang tengah makan asam yang paling masam di muka bumi. Bibir tejuih 5cm ke depan, mata pulak. Tinggal nak keluar pancaran laser je untuk bunuh aku. Wah wah wah, orang tegur. Dia menyentap pulak. Aku sentap bibir juih ko tu kang, pueh ati aku. (for some reason, perenggan ni macam mak nenek la plak ha ha)

Then terus gaduh, and dia pun carut kan aku. "P**imak la". Fulamak aih, Hangin hangin. Memang literally keluar api dari serombong hidung aku. Ko pehal, nak kutuk2 mak aku. Ko gado dengan dia ke?? Kalo mak aku dengar, kompem time-time tu gak kene cili mulut dia. Kalau opah aku pulak yang dengar, kompem opah aku jolok bijik-bijik cili tu dalam bijik mata dia. (lupa nak cakap, opah aku memang brutal giler ^_^)

Dan untuk membalas dendam lagi, apa je kesalahan yg aku buat. Dia buat annoucement, canang sana sini. Sampai aku naik segan nak jumpa orang lain. Tulis kat blog dia, tulis kat diari dia, tulis kat dinding tandas,tulis kt pintu bilik. Banyak cengkadak mahu menjatuhkan aku ye. Nak tegur, tegur elok2 la beb. Takpe-takpe, ada ubi ada bas~Awasss Kamo ya! Akan ku bomohkan supaya kamu kene buasir.

Kesimpulannya, benda-benda macam ni memang palat. Tapi, benda ni takda kaitan dengan sesapa pun. Entri ni di tulis, untuk membasuh otak-otak korang kat luar sana. Yeah! Malaysia gemilang, terbilang dan Cemerlang! (sekali lagi, tidak nampak kaitan motto itu dengan perenggan ni).

Soalan Sesuka hati:
Ada sesiapa tahu palat tu maksud dia apa? Then korang rasa kenapa Aku pilih tajuk macam ni? Ha, jawab kalau terer...!

Wednesday, January 12, 2011

Kamu Ingat Senang Ke Nak Menang Anugerah Adek Of The Year!?






Aku ada abang, tp ak just pggl dy alOng.
Abang aku memang silap besar, bila dia mula merenggek pasal berat badan.
Lepas tu sibuk-sibuk duk sms tnyer ak
aku mahu kurus...ade cadangan????? (-_-")
Silap besar!
Sebab aku dengan lajunya kasi dia kata-kata perangsang
dengan penuh cinta dan kasih sayang sebagai sorg adek.
Along, kalau Nak kurus, org suggestkn makan tak payah baca Bismillah.
Biar setan tumpang sekaki time makan tu. Komfhem kurus.

SELAMAT MENCUBA!!!
I did a good job as an adek, kan kan kan?? :')

Friday, January 7, 2011

sebab X munasabah utk emO!!


Aku tengok, ramai benor orang suka emo. Tak penat ke wei?
Okay, kekadang aku pun emo.
Jadi mari kita rephrase ayat tuh.

Aku tengok, ramai benor budak2 yang asyik emo-emo.
Haihs.

Sebenarnya macam ni, haritu ada sorang mamat/minah ni kena delete dengan kawan dia kat fbook, then terus meracau. Tak tahu la plak, kena rasuk dengan hantu kopek ke apa, tapi jenuh arh dia meracau. Kena delete pun marah, relax relax sudah.

Aku pun ada je kene delete, dengan kawan sendiri. Tak hujan, tak ribut tetiba kena delete. Kitorang memang tak ada gaduh-gaduh apa-apa, tiba tiba bila aku nak access facebook kawan aku tu, dah tak bley. So kena delete from friend list la tu kan?

Selama 5 saat, aku tensyen la gak. Pikir, sebab apa mamat ni delete aku. Gaduh ka kita? Rasanya tak gaduh. Then aku sms, tanya "Weh, kita tengah gaduh ke?"

*nervous*

then dia reply, "tak, kenapa?"

Aku reply "Oh, takde pa-per. Saja je".

Then sampai sekarang dia tak add aku kat fbook. Aku malas nak add dia, maybe dia nak privacy dari aku, so aku buat selamber je arh.

Then, baru-baru ni ada kawan aku gaduh dengan ex boyfriend dia, gaduh besar. And naturally, the mamat gets the boot from her, terus kena delete dari facebook. Then mamat tu pulak, terus setiap hari tukar status "bengang dengan minah emo ni lahh.....", and "rasa minah ni tak matured la...". AKu duduk depan screen laptop, sambil makan popcorn. Best tengok orang gaduh ni, sebab diorang nampak macam bodoh. Especially kalau nak announce satu dunia.

Jadi, kalau korang nak emo-emo sila jangan tunjuk kalau korang rasa sebab nak emo tu, tak worth it langsung. Kang aku makan popcorn, smbil ber pom-pom untuk korang kang, baru tahu. Pening la weh, tengok status orang-orang emo di fbook ni. Kalau sekali sekala tak pa, ni kalau sehari tu, update sampai seploh juta kali, then setiap kali update tu, kerja dia asyik sebut benda-benda mencarut jadah apa tah.

Sebagai kesimpulannya (ayat tak bleh blah), nak emo, sila pastikan korang ada sebab kukuh untuk emo, di delete dari fbook/twitter tak cukup la dik. Respect arh authority orang yang delete korang tu, dah orang tanak kawan dengan ko, tak payah la nak tersorong-sorong pipi tu. Meh kawan dengan akak meh.

p.s. penggunaan perkataan akak tadi, buat aku rasa akuni macam da tua la plak. Eih, geli siot.

yang benar,
Minah yang tengah merapu ditengah2 malam,
zarith sOfea *best gak nme ak nih..xpasan slame nih*