Saturday, May 7, 2011

Keistimewaan buat mereka yang bersedekah

Dari Abu Hurairah RA, bahawa sesungguhnya Rasulullah SAW, telah bersabda: “Bila seorang hamba telah meninggal, segala amalnya terputus, kecuali tiga hal : amal jariyah, ilmu yang bermanfaat atau anak salih yang mendo’akannya” (HR. Bukhari)

Kt sni cik opie nak berkongsi serba sedikit contoh sedekah amal jariah yang pahalanya akn terus mengalir wlaupun si pemberi sedekah itu tlah meninggal dunia:

1. Berikan Al-Quran pada seseorang, setiap saat Al-Quran tersebut dibaca, anda mendapatkan kebaikan.
2. Ajarkan seseorang sebuah do’a. Pada setiap bacaan do’a itu, anda mendapatkan kebaikan.
3. Sumbangkan kerusi roda ke hospital dan setiap orang sakit menggunakannya, anda mendapatkan kebaikan.
4. Tanam  pohon. Setiap seseorang atau haiwan berlindung di bawahnya atau makan buahnya, anda dapat kebaikan.
5. Tempatkan pendingin air di tempat awam.
6. Edarkan bacaan yang boleh membangunkan seseorang.
7. Libatkan diri dalam pembangunan masjid.
8. Edarkan CD Quran atau do’a.
9. Membntu  pendidikan seorang anak.
10. Memberi makan pd mereka yg sgt memerlukan
11. Edarkan pengetahuan ini dengan orang lain. Jika seseorang menjalankan salah satu dari hal di atas, Anda dapat kebaikan sampai hari Kiamat.
lihat..mudah bukan..kadang2 apa yg kte lakukan dlm seharian kte ,kte xsedar lnsung yg kte dah buat kebaikan pd org...BETAPA INDAHNYA ISLAM..ingatlah..setiap kebaikan yg kte lakukan psti ALLAH akn mmbalasnya dengan kebaikan juga...Rasullullah S.A.W juga pernah bersabda:

Maksudnya: “Siapa yang sanggup mendinding dirinya daripada api neraka walaupun dengan (bersedekah) sebelah buah kurma, maka hendaklah dia lakukan.” (Hadis riwayat Muslim)

Rasullullah tlah mengingatkn umatnya utk bersedekah walaupn dgn hanya sebahagian dr sebiji kurma kerana amat besar hikmahnya diakhirat kelak..jadi..apa kte tggu lg..lakukan nya wahai sahabat2ku..sesungguhnya tangan yg memberi itu lebih baik dr tangan yg menerima.. wallahualam..' 



No comments:

Post a Comment