Monday, April 11, 2011

kome xske nenek kebayan,bomoh n sewaktu dengannya la...~


plawOk3!!
Sebab satu: Bomoh-bomoh menganggu gugat periuk nasik aku.
Benci siot, aku susah payah belajar cara nak ubat orang sakit (aku tipO) , alih-alih ada pulak orang yang tak payah belajar susah-susah, tak payah ambik exam. Tapi orang pergi jumpa untuk mintak ubat. Kalau stock yang pakai herba-herba cina ke, atau acupuncture ke, aku boleh tahan lagi. Tapi ni memang yang buta-buta pergi mintak ubat anak jadi pandai, ubat anak jadi cantik, ubat anak murah rezeki. Apa kes ni wey. Lagi bodoh kalau si bomoh tu, kasik ubat yang jenis air jampi serapah dia, lepastu sembur sembur air liur. (buat sound effect) *Puhh puhh puhhhh. Khaaaaaakkk Tuihhh* Yuck. Geli sial.

Sebab dua: Bomoh boleh tolong kedai ko laku ke?
Benci jugak dengan orang yang kalau berniaga makanan, tapi bila tengok competition dia maju terus dia cakap, orang tu main bomoh. Main saka. Main jin pelaris. Adus! Ini memang aku give up tak tahu nak cakap apa. Baik lagi ko cakap, orang tu masak taruk ganja ke, taruk/celup air spender (underwear) ke, lagi lojik. Cuba tengok, time bulan puasa, maju ke tidak kedai competition ko tu? Yer arh, bulan puasa kan setan jembalang kena ikat secara kinky. So patutnya kedai dia time bulan puasa tak maju/merudum. And kedai ko yang akan maju secara automatisnya kan?

Amacam, kedai ko maju tak time bulan puasa ni? *pusing sekeliling, sambil check kedai ko*

Tapi kan brader pekedai, kalau kedai ko tu gelap macam baru lepas ada orang mati, lantai kotor, makanan tak sedap. Ni bukan setakat orang hantar setan lagi dah, ni ko sendiri yang panggil setan datang bertenggek kat kedai ko. Apa kata brader pergi belajar dulu strategy business, then baru start berniaga.

oh lagi satu, bomoh-bomoh yang keluarkan ayat pelaris segala jadah nya ni, selalunya diorang pun tak de la kaya mana. Rumah ciput je aku tengok.

Sebab tiga: Benci bomoh sebagai secret weapon dalam santau menyantau.
huh, nenek spe nih???
Ini pun aku anti jugak. Aku tahu lah, nak kata tak percaya langsung benda-benda ni, tak boleh. Rukun iman tu wey. Tapi yang pelik tu, zaman-zaman internet broadband ni pun, ada jugak malaun yang busuk hati, jumpa bomoh nak santau orang lain. Yang lagi malaun nya tu, ada jugak tu orang yang kena santau pergi jumpa bomoh siam lah, bomoh indon lah, buat nak pergi berubat. Tapi sembahyang tak reti, tak reti nak mintak tolong dengan tuhan.

Sebab empat: Bomoh sebagai pengedar air penerang hati.
Ini lagi tak payah cakap arh. Lagi aku tak percaya. Kalau bomoh tu hati dia terang berderang, tak de la profession dia bomoh. Paling koman pun, mesti dia dah jadi doktor ke... lawyer ke... ye dak??


Jadiiiiii... kalau korang sibuk sangat semua benda nak mintak tolong dengan bomoh… Hah! Jawabnya tak payah arh korang berTuhan. Ko pergi je lah cium tapak kaki bomoh tu, sembahyang keliling dia. Habis cerita. Tak payah sembahyang hadap kiblat dah. Ok??Haha..choOiiii!

No comments:

Post a Comment