Wednesday, January 19, 2011

Jom Menganyam Ketupat Palat, I Mean Palas


Kamu memang palat, bukan...bukan kamu. Tapi kamu di belakang tu

Aritu, aku dapat komen "you're such an angel". Dari kawan online aku la, aku tak kenal dia sangat. Tapi, masa dapat komen tu. ha ha, ada la gak rasa riak dan sampai kembang semangkuk serombong lubang hidung ku. Tu la, bukan apa. Sapa tak suka kena puji kan?? Bertambah-tambah seronok kalau pujian kita tu berjaya membantu kita memerah santan dengan penuh jayanya.

Tapi, isk isk isk. Kelakau pun ada jugak. Angel?? Me?? Oi, kamu sarkastik ke beb? Sebab itu la kali pertama aku dapat komen tu, dan immediate response aku memang bantai gelak la kan. Menggeletek urat kentut la komen tu. Tsk Tsk Tsk. Aku ni, tak angel langsung. Setan ada la. Per'SETAN' ! Sebab aku ni, kekadang suka bebenor marah. Aku marah kat mak bapak aku (x cium syurga weh), aku marah kat kawan baik, kat kawan tak baik aku, kat orang yg aku kenal, dan kat orang yang aku tak kenal, kat semua la senang. Jenuh pulak nak list satu-satu. Macam setan la tu kan? (walaupun aku masih tak dapat nampak hubung kait setan dengan rasa marah).

Nak tahu 4 orang yang wajib buat aku naik hantu???

  1. Orang nak tegur aku, tapi dia pergi canang satu dunia.
  2. Aku dah mintak maaf tapi dia still ungkit dan kutuk.
  3. Orang tak puas hati dengan aku, then dia kutuk mak pak aku.
  4. Kalau aku tegur sikit, then meyentap mentap dengan sangat mantap.
Bayangkan, aku ada kawan. Dan aku sayang kawan aku, then satu hari. Dia nak pinjam assigment aku, nak bancuh air kopi jenama pes (copy paste la tu). So aku dengan bajet-bajet berkesedaran sivik nye, tegur la. "Beb, tak elok la. Kalau ko tiru, nanti ko gak yg terkial-kial time exam". Out of concern, obviously.

Grrr, Aku tengah marah
Aku sedang menjelma jadi Incredible Hulk. Wuarghh!

Then si 'beb' tu, terus tarik muka seploh meter, muka macam orang yang tengah makan asam yang paling masam di muka bumi. Bibir tejuih 5cm ke depan, mata pulak. Tinggal nak keluar pancaran laser je untuk bunuh aku. Wah wah wah, orang tegur. Dia menyentap pulak. Aku sentap bibir juih ko tu kang, pueh ati aku. (for some reason, perenggan ni macam mak nenek la plak ha ha)

Then terus gaduh, and dia pun carut kan aku. "P**imak la". Fulamak aih, Hangin hangin. Memang literally keluar api dari serombong hidung aku. Ko pehal, nak kutuk2 mak aku. Ko gado dengan dia ke?? Kalo mak aku dengar, kompem time-time tu gak kene cili mulut dia. Kalau opah aku pulak yang dengar, kompem opah aku jolok bijik-bijik cili tu dalam bijik mata dia. (lupa nak cakap, opah aku memang brutal giler ^_^)

Dan untuk membalas dendam lagi, apa je kesalahan yg aku buat. Dia buat annoucement, canang sana sini. Sampai aku naik segan nak jumpa orang lain. Tulis kat blog dia, tulis kat diari dia, tulis kat dinding tandas,tulis kt pintu bilik. Banyak cengkadak mahu menjatuhkan aku ye. Nak tegur, tegur elok2 la beb. Takpe-takpe, ada ubi ada bas~Awasss Kamo ya! Akan ku bomohkan supaya kamu kene buasir.

Kesimpulannya, benda-benda macam ni memang palat. Tapi, benda ni takda kaitan dengan sesapa pun. Entri ni di tulis, untuk membasuh otak-otak korang kat luar sana. Yeah! Malaysia gemilang, terbilang dan Cemerlang! (sekali lagi, tidak nampak kaitan motto itu dengan perenggan ni).

Soalan Sesuka hati:
Ada sesiapa tahu palat tu maksud dia apa? Then korang rasa kenapa Aku pilih tajuk macam ni? Ha, jawab kalau terer...!

2 comments:

  1. ape yg aku boleh ckp la kan yed...
    sbr ajelaaa
    org tue ngok ngek ckit uhu
    xyah pkir..
    buat abis masa jep..
    wat xtau sudaa
    klu org tny
    bru ko jwb yed.
    hahaha
    cm sial jep kannn??

    ReplyDelete
  2. haaha..tol2..ak pn xmo buang mse ak nk mrh2 org nih..wat abes tnaga jep..haha
    btw..thnks la sdi bce entri nih..hehe..
    ak mmg ske merapu merapai cenngini..hehhe

    ReplyDelete